Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Masjid tidak sepatutnya hanya dilihat sebagai tempat untuk bersembahyang

$
0
0

KUCHING: Masjid tidak sepatutnya hanya dilihat sebagai tempat untuk bersembahyang sebaliknya ia mempunyai keupayaan mengukuhkan perpaduan masyarakat Islam.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata, sebenarnya masjid mempunyai banyak fungsi termasuk sebagai tempat menyelesaikan masalah yang dihadapai masyarakat Islam ketika ini.

“Ia (masjid) lambang perpaduan dan tempat berhimpun untuk membangunkan masyarakat Islam selain tempat menyelesaikan banyak masalah.

“Kita boleh dilihat di masjid, orang ramai juga belajar erti tolong-menolong dalam melakukan sesuatu perkara,” katanya ketika berucap melancarkan Tabung Wakaf Masjid Nurul Khair Kampung Semariang Batu di sini, semalam.

Sehubungan itu katanya, masyarakat tidak sepatutnya menganggap masjid hanya digunakan untuk bersembahyang kerana banyak aktiviti termasuk sukan dan aktiviti berunsur agama boleh dilakukan.

Mengambil pembinaan Masjid Nurul Khair sebagai contoh, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, pembinaan itu bukan sahaja bangunan masjid tetapi turut merangkumi pusat komersial.

“Ini merupakan konsep terbaru yang patut diberikan penekanan kerana pengurusan masjid boleh menjana pendapatan,” ujarnya.

Beliau menambah, masjid yang dibina dengan konsep wakaf itu menelan belanja kira-kira RM5 juta.

“Buat masa ini kita berjaya mengumpulkan modal permulaan sekitar RM200,000,” jelasnya.

Biarpun kos pembinaan masjid itu tinggi menurutnya, jika masyarakat setempat dapat bekerjasama, dana untuk pembinaan tersebut berjalan lancar.

“Bukan mudah untuk cari dana ini namun kalau kita bekerjasama maka mudah untuk kita cari dana ini,” kata Fadillah.

Pada majlis itu, sejumlah RM125,000 dana berjaya dikumpul sumbangan Fadillah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan sektor korporat.

Hadir sama Hasidah, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Putit Matzen dan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Abang Wahap Abang Julai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>