MIRI: Masalah masyarakat Cina di Krokop terutamanya berkaitan perparitan bakal diatasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Miri bagi menyelesai masalah ketiadaan parit serta isu parit tersumbat.
Pengerusi Majulah Miri Datuk Hii King Chiong memberitahu, tiada lagi masalah banjir dan sistem perparitan kerana ia bakal diselesai oleh JPS.
“Semua masalah berkenaan telah dibawa Majulah Miri dan dirujuk kepada JPS bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya ketika lawatan projek ke Krokop 4, Jee Foh 8 dan Krokop 9 ½ semalam.
Turut hadir adalah Setiausaha Politik Ketua Menteri Suzanne Lee. Jurutera Bahagian Miri Bintulu Law Wee, Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pujut Kaunselor Bruce Chai, Pengerusi UPP Senadin Kaunselor Keith Chin dan Pegawai Majulah Miri kong San Hoe.
Menurut Hii, masalah kecil melibatkan perparitan ini adalah masalah utama dihadapi oleh penduduk di Krokop dan beliau berterima kasih kepada pihak JPS kerana bertindak dengan kadar segera untuk menyelesaikannya.
Beliau juga sedar ada beberapa pihak sering menyekat perkhidmatan Majulah Miri terhadap masyarakat namun mereka tidak memainkan peranan yang sepatutnya untuk membantu.
Ada juga beberapa pihak yang membangkitkan isu bahawa pihaknya hanya muncul ketika waktu pilihanraya hampir, Bruce memberitahu ia hanya mainan politik pihak lain sahaja.
Majulah Miri dan UPP Kawasan Utara telah turun padang sejak beberapa tahun lalu dan mendengar serta menyelesaikan masalah rakyat.
“Kita sentiasa turut padang untuk membantu rakyat yang tidak mengira bangsa dan agama,” katanya.
Hal berkaitan jalan raya dan perparitan boleh disalurkan kepada pusat Majulah Miri dan pihaknya akan membawa masalah dimaksudkan kpada pihak berkaitan.
Sementara itu, Law memberitahu melalui laporan badan bukan kerajaan (NGO) seperti pihak Majulah Miri, pihak JPS berusaha untuk mendapatkan lebih dana bagi menaik taraf sistem perparitan di kawasan Krokop.
Setelah melawat tiga kawasan di Krokop, Hii dan rombongan turut melawat ke Pujut 5 dan Lutong Baru untuk melihat parit yang dilaporkan tersumbat serta tidak dapat mengalir ke sungai berdekatan.