Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Pelancaran Bulan Kebangsaan 10 Ogos ini

$
0
0
JOM MERIAHKAN: (Dari kanan) Misnu, Morshidi, Mawan dan Ibrahim menunjukkan program majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015 pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya semalam.

JOM MERIAHKAN: (Dari kanan) Misnu, Morshidi, Mawan dan Ibrahim menunjukkan program majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015 pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya semalam.

TA01043Majlis bertema #sehatisejiwa dijadual bermula dari jam 7.30 malam dirasmi oleh PM

Oleh Nick Fletcher //

KUCHING: Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015 akan diadakan pada 10 Ogos ini di Padang Merdeka di sini.

Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berkata majlis yang bertemakan #sehatisejiwa itu dijadual bermula dari jam 7.30 malam dengan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Majlis ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia dan pelbagai agensi kerajaan serta swasta dalam meningkatkan semangat kecintaan kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kebangsaan negara,” katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya semalam.

Hadir sama Setiausaha Ke-rajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Setiausahanya Datu Misnu Taha serta Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Mawan menambah majlis juga akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak, menteri-menteri kabinet persekutuan dan negeri serta diplomat asing di Sarawak.

Malah, katanya seramai lebih 10,000 orang awam dijangka hadir menyaksikan majlis tersebut.

Justeru, Mawan berkata gimik pelancaran majlis akan menyaksikan penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil kerajaan negeri oleh Perdana Menteri serta acara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu Negara-ku.

Selain itu, beliau berkata pelancaran dan pelepasan Konvoi Kembara Jalur Gemilang juga akan disempurnakan oleh Zahid bersama-sama dengan Adenan dan Mohd Salleh.

“Acara lain yang akan turut diadakan pada majlis tersebut ialah persembahan pentas oleh artis jemputan khas Annuar Zain dan Siti Nurhaliza, pertunjukan bunga api, upa-cara melekat dan memasang Jalur Gemilang dan banyak lagi,” katanya.

Sementara, Mawan berkata sebelum Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2015, beberapa acara turut dijadual pada 7 dan 8 Ogos.

Katanya pada 7 Ogos, acara yang akan diadakan ialah persembahan buskers, edaran Jalur Gemilang kepada orang awam dan layar bestari dari jam 2 petang sehingga 12 malam.

Manakala pada 8 Ogos, beliau berkata acara dijadual bermula dari seawal jam 7 pagi sehingga 6 petang iaitu pelepasan larian Jalur Gemilang sejauh lima kilo-meter, zumba, persembahan buskers, edaran Jalur Gemilang dan pameran kemerdekaan.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>