Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Program MEMBARA amat bermanfaat bantu pelajar

$
0
0

LAWAS: Program Membantu Rakyat (MEMBARA) Kembali Ke Sekolah yang diadakan baru-baru ini ternyata memberi manfaat kepada pelajar yang memerlukan.

Program anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Lawas diadakan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Lawas (PPD) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lawas.

Pegawai JASA Parlimen Lawas, Herwan Hizam Hamdan berkata sebanyak 101 beg sekolah diagihkan kepada pelajar-pelajar miskin yang dipilih oleh PPD Lawas melalui sistem e-Kasih.

Hadir menyerahkan beg berkenaan ialah Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agung.

Henry berkata, MEMBARA diperkenalkan Barisan Nasional (BN) pada tahun ini dilihat sebagai inisiatif kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat terutamanya mereka memerlukan.

Beliau berkata, program yang merupakan kesinambungan kepada program ‘Juara Rakyat’ yang diadakan sebelum ini bukti bahawa kerajaan BN sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat di pelbagai peringkat.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kerja yang dilakukan pemimpin parti ini (BN) tidak bermusim, malah terus dilaksanakan untuk kesejahteraan dan meringankan beban rakyat,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim, Pegawai PPD Lawas, Awang Ibrahim Ahmat dan Pegawai JASA Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari, Kadir Bayan.

Sementara itu JASA Miri akan mengadakan program sama pada 13 Februari ini bermula jam 10 pagi.

Pegawai JASA DUN Lambir, Lorita Intai berkata majlis berkenaan diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kelapa Sawit No.2 Peninjau.

Antara pengisian program adalah penyampaian beg sekolah dan peralatan persekolahan seperti kotak pensil, alat tulis, pensel warna dan bekas air.

Seramai 50 orang pelajar terdiri daripada golongan kurang berkemampuan terpilih menerima bantuan berkenaan.

Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang dan DUN Lambir, Ripin Lamat dijangka hadir menyempurnakan majlis perasmiaan program terbabit.

Sebarang keterangan lanjut berkenaan majlis ini boleh menghubungi Lorita menerusi talian 014-8811262.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859