SIBU: Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) mengadakan Seminar Kaya Budi BAKAT 9 Briged yang berlangsung di Markas 9 Briged, semalam.
Seminar sehari itu dijalankan bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta tentang organisasi dan budaya tentera yang berkaitan dengan BAKAT dan memahirkan peserta bengkel dalam pengurusan etika sosial.
Selain itu, tujuan lain adalah untuk meningkatkan kebolehan komunikasi peserta di khalayak ramai dan memberi pendedahan tentang pengurusan mesyuarat.
Sebagai pengisian seminar, para peserta diberikan seminar berkaitan tata hias, etika di meja makan, kepimpinan, hak wanita dan isteri serta jenis tarian.
Majlis perasmian seminar disempurnakan oleh Panglima 9 Briged Brigedier Jeneral Muhammad Damien Abdullah.
Hadir sama ialah Pengerusi BAKAT Rashidah Hashim dan Timbalannya Fatimahtun Zaharah Ramli.