KUCHING: Xpax, jenama prabayar utama Celcom Axiata Berhad untuk belia, mengadakan aktiviti tahunan iaitu menyalakan lampu ikonik ‘Xpax Xmas Tree’ (Pokok Krismas Xpax) di Padang Merdeka pada 14 Disember ini.
Memasuki tahun ketujuh selepas diperkenalkan pada tahun 2007, Pokok Krismas Xpax adalah hadiah hebat kepada rakyat Kuching dan pokok Krismas tertinggi di Malaysia Timur dengan ke-tinggian 70 kaki.
Bagi memeriahkan majlis itu nanti, Pengarah Jualan Wilayah Sabah dan Sarawak, Celcom Axiata Berhad Choo Meng Chung bersama wakil Celcom mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Selatan (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai di DBKU pada Selasa lepas sebagai jemputan peribadi kepada beliau.
Choo berkata: “Pokok Krismas Xpax adalah unik kepada Kuching dan telah berkembang menjadi ikon digemari untuk memeriahkan serta kegembiraan musim perayaan kepada pelanggan kami di Malaysia Timur.
“Sempena program tahunan pada 14 Disember ini, kami membawa lebih banyak keseronokan kepada pelanggan kami yang membawa mereka ke Padang Merdeka sambil menyaksikan simfoni cahaya lampu ungu berkilauan pada Pokok Krismas Xpax tahun ini.”
Bagi meraikan acara tahunan itu, Xpax akan meng-anjurkan satu cabaran berpasukan hebat di sekitar Kuching pada 14 Disember, yang mana peserta cabaran mengambil bahagian dalam perlumbaan di sekitar bandar raya bermula dari pintu masuk Pusat Beli-belah Plaza Merdeka pada jam 3 petang dan berakhir di Pokok Krismas Xpax di Padang Merdeka.
Cabaran akan menyaksikan tugas dan destinasi unik dari segi budaya, warisan dan kehidupan di bandar, yang menawarkan hadiah bernilai RM1,500, RM1,000 dan RM500 kepada tiga pasukan teratas.
Lima lagi hadiah sagu hati berupa baucar tunai bernilai RM100 setiap satu pasukan akan menjadi rebutan bagi cabutan selepas penyampaian hadiah.
Semua warga Kuching dari semua lapisan usia boleh menyertai cabaran itu, namun setiap pasukan dianggotai oleh tiga orang dan campuran (lelaki dan wanita).
Bagi pendaftaran pasukan, peserta hanya perlu membuat pembelian bernilai RM30 atau lebih di mana-mana Blue Cube Celcom.
Tambah Choo: “Aktiviti luar biasa ini adalah cara untuk kami memberi ganjaran kepada pelanggan kami atas sokongan yang menakjubkan mereka serta memberi penga-laman Krismas berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.
“Ia cara yang amat baik untuk menghimpunkan pelanggan sama seperti mereka berhubung menerusi rangkai-an Celcom yang terpantas dan paling luas di seluruh negara, selain menjanjikan keseronokan pada sebelah tengah hari dan petang dengan aktiviti pendidikan dan kemahiran bagi seluruh keluarga.”
Pendaftaran bagi cabaran bermula pada hari ini hingga jam 3 petang 13 Disember dan borang boleh didapati di Blue Cubes di Plaza Merdeka, Tun Jugah dan Pusat Beli-Belah tHe Spring.