Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

MRNB Ringgit Savvy dedah murid kebaikan menabung

$
0
0

GIRANG: Murid SK Ulu Sungai Merah melakar senyuman gembira selepas menerima beg sekolah MNRB Ringgit Savvy Squad Team di Sibu, semalam.

SIBU: Kehadiran MNRB Ringgit Savvy Squad Team telah menceriakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai Merah di sini dengan menganjur pelbagai aktiviti menarik sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2015 yang ketika ini sedang berlangsung di Dataran Bandar Sibu sejak Ahad lalu.

Program MRNB Ringgit Savvy dianjur MNRB Holding Berhad bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid mengenai aspek menabung dan pelaburan serta kaedah pengurusan wang yang bijak.

Antara aktiviti diadakan termasuk tayangan video animasi BoboiBoy memaparkan kisah teladan tentang kepentingan menyimpan wang dan menabung untuk masa depan.

Murid juga dikejut dengan penampilan khas maskot BoBoiBoy bagi menceria dan memeriah lagi aktiviti dianjur.

Progam ini turut menjemput kumpulan Stomp daripada Kelab Kebudayaan Sibu membuat demontrasi pembuatan alat  muzik menggunakan bahan kitar semula seterusnya mempersembahkan alunan muzik mengggunakan alat berkenaan.

Aktiviti ini diyakni dapat mendidik murid tentang penjagaan alam sekitar di samping memberi pendedahan mengenai kebaikan konsep kitar semula.

Sementara itu, Naib Presiden dan Ketua Jabatan Komunikasi Korporat MNRB Norazimah Tahir, ketika ditemui berkata murid yang menyertai kelihatan amat teruja dengan acara dianjur.

“Harapan saya agar program ini bukan sahaja dapat memberi keseronokan kepada mereka malah turut menggalakkan sikap menabung sejak dari kecil di samping dapat mendidik sikap menghargai alam sekitar melalui aktiviti pembuatan alat muzik berasaskan bahan kitar semula,” katanya.

Dianggarkan lebih 500 murid SK Ulu Sungai Merah terlibat dalam program MNRB Ringgit Savvy Squad Team ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>