Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

60 berbasikal lawat tapak kebun komuniti

$
0
0

KUCHING: Seramai 60 peserta berbasikal termasuk 30 warga emas dari Singapura dan Taiwan membuat lawatan ke tapak kebun komuniti di Bandar Baru Samariang sempena program ‘Elderly Cyclist Legend’ semalam.

Menurut Datuk Bandar Kuching Utara Datuk Abang Wahab Abang Julai, program tersebut merupakan anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Persatuan Penganut Kristian Blessed Fellowship Kuching dalam usaha merealisasikan program Cantik, Bersih dan Selamat (CBS) 2013-2017.

“Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memupuk semangat keke-luargaan yang tinggi di antara peserta dan mewujudkan ke-sedaran terhadap warga emas supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

“Di samping itu, program ini mampu memupuk nilai bahawa warga emas adalah golongan yang disanjungi dan bukannya membebankan,” ujar Abang Wahab.

Beliau yang mengetuai eks-pedisi berbasikal menuju ke Kampung Santubong membawa rombongan singgah ke tapak kebun komuniti bagi menjelaskan program-program komuniti anjuran DBKU yang turut menyaksikan penyertaan peserta tertua berumur 90 tahun dari Singapura.

“Program ekspedisi ini ber-peranan memberi galakan kepada warga emas supaya berani melangkah keluar dan menikmati kehidupan yang ceria dan sihat melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan.

“Selain itu, ia juga mampu mempromosikan bandar raya Kuching sebagai destinasi pelancongan pilihan di rantau ini,” jelas Abang Wahab.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>