Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Sempadan M’sia-Kalimantan Barat, Indonesia bebas ancaman berbahaya

$
0
0

LAWATAN: Zulkiple bersama rombongan mengadakan lawatan ke Kem JPG Lubok Antu, semalam.

LUBOK ANTU: Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, kawasan sempadan Malaysia- Kalimantan Barat, Indonesia bebas daripada sebarang ancaman berbahaya buat masa ini.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa aktiviti seperti penyeludupan serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai masih berlaku di kawasan sempadan.

Menurut beliau, secara keseluruhannya keadaan sempadan Malaysia-Kalimantan Barat berada dalam keadaan terkawal tanpa ada sebarang ancaman serius yang boleh menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

“Tetapi kami akan terus mempertingkatkan hubungan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan yang turut sama terlibat dalam hal kawalan sempadan negara dari semasa ke semasa,” katanya.

Zulkiple berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kem Jawatankuasa Perancangan Gerakan (JPG) atau turut dikenali sebagai Kem Malindo Lubok Antu, semalam.

Turut mengiringi Zulkiple dalam lawatan itu ialah Ketua Pengarah Operasi OPLAT Brigedier Datuk Ramli Jaafar, Ketua Staf Am Markas Medan Tentera Darat Brigedier Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima 3 Briged Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami, Panglima 9 Briged Brigedier Jeneral Muhammad Daniel Abdullah dan Mayor Infantri Jamaludin S.H Dansatgas daripada Yonif 143/ TWEJ.

Tujuan lawatan itu adalah untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai pelaksanaan Operasi Keris Parang yang dilaksana secara bersama oleh Angkatan Tentera Darat Malaysia dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat di kawasan sempadan negara.

Sementara itu kata Zulkiple, pihaknya buat masa ini masih belum mempunyai sebarang perancangan khusus untuk menambah baik operasi penjagaan sempadan antara dua negara ini.

Bagaimanapun perhatian lebih khusus kepada usaha untuk mempertingkat hubungan dua hala antara dua pihak akan terus dilaksanakan untuk memudahkan operasi kawalan sempadan nanti.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>