Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

M’sia latih semula tenaga kerja dengan kemahiran

$
0
0

KUCHING: Malaysia mengutamakan tenaga kerja berkemahiran dengan melatih semula tenaga kerja dengan kemahiran dalam usaha negara mencapai tahap negara maju.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem ketika menyatakan perkara itu berkata, peningkatan jumlah tenaga kerja mahir setakat ini adalah daripada 28 peratus kepada 33 peratus pada 2015 dan 50 peratus menjelang 2020.

“Meninggikan kemahiran tenaga kerja memerlukan banyak usaha daripada setiap sektor, sama ada majikan atau pekerja itu sendiri,” katanya ketika merasmikan Persidangan dan Pameran Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) di Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Seramai 1,040 peserta, terdiri daripada pengamal sumber manusia bertemu pada persidangan dua hari yang bertemakan ‘Tenaga Kerja Inovatif Transformasi Perniagaan Cemerlang’ itu, semalam.

“HRDF mempunyai peranan penting dalam memastikan tenaga kerja mahir serta separa mahir mempunyai kestabilan bekalan pengetahuan untuk digunakan bagi membangunkan negara ini,” tegas beliau.

Peranan pendidikan dan latihan katanya, perlu diperkukuhkan lagi untuk membantu pembangunan ekonomi di Malaysia.

Kerajaan ujarnya, telah memperkenalkan 1MalaysiaGRIP sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2015 yang lalu.

“Sebagai salah satu langkah dalam pembangunan modal insan, ia menyediakan peruntukan geran bernilai RM300 juta di antara kerajaan dan HRDF untuk melatih 30,000 pekerja di negara ini,” jelasnya.

HRDF ujarnya, telah mula merangka strategi kukuh dalam pelaksanaan program 1MalaysiaGRIP.

Riot berharap delegasi akan menuai keuntungan melalui pertukaran idea, amalan terbaik dan membahas strategi terbaharu untuk membantu organisasi menangani cabaran dan isu-isu sedia ada dan akan datang.

Sementara itu, Ketua Pengarah HRDF Datuk Dr Abdul Razak Abdul menegaskan bahawa modal insan merupakan salah satu aspek yang paling penting dibincangkan semasa merancang pembangunan organisasi.

“Ia diterima dengan ketara dan telah diiktiraf sebagai salah satu asas pembangunan ekonomi dan kemajuan negara,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>