Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

70 ahli veteran SUPP sokong Chin

$
0
0

SOKONGAN: Chung (atas pentas) berucap di hadapan rakan seperjuangannya ketika jamuan makan tengah hari di Kuching semalam.

Sebahagian yang hadir merupakan penyokong kuat SUPP sejak 1959

KUCHING: Tujuh puluh ahli veteran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengadakan perjumpaan di sebuah restoran di sini semalam bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan sedia ada di bawah Presiden Tan Sri Peter Chin.

Sebahagian daripada mereka yang hadir semalam merupakan penyokong kuat SUPP sejak penubuhannya pada 1959 dan pernah menyandang jawatan dalam jawatankuasa kerja pusat (CWC) serta jawatankuasa pusat (CC).

Bekas Setiausaha Penganjur Chung Kok Chiong dalam ucapan mewakili ahli-ahli yang hadir semalam menyatakan harapan mereka terhadap Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar tidak membatalkan status rasmi parti itu.

Beliau yang memegang jawatan tersebut dari 1964 hingga 1974 berkata ROS mahupun Perdana Menteri seharusnya tidak memutuskan nasib SUPP selepas apa yang telah disumbangkan selama ini.

“Sekarang parti diberikan tempoh 30 hari untuk menjelaskan kepada ROS, kami mesti buktikan bahawa kami masih mampu bersatu kembali demi parti.

“Pada pandangan saya, jika terdapat seorang ahli yang tidak berpuas hati dengan ahli lain, individu tersebut harus menyuarakannya kerana pintu ibu pejabat sentiasa terbuka.

“Sebaliknya, ahli-ahli ini menggunakan pintu belakang parti untuk membuat aduan, bukan hanya sekali tetapi banyak kali kepada ROS,” katanya.

Meskipun dua daripada cawangan iaitu Bekenu dan Piasau telah diberikan surat tunjuk sebab, namun Chung tetap optimis ROS tidak akan membuat keputusan yang terburu-buru serta membatalkan pendaftaran SUPP.

Chung turut sangsi mengapa ROS mengeluarkan surat pembatalan Bekenu dan Piasau hanya dua bulan selepas kedua-dua pengerusinya menghantar penjelasan masing-masing.

“Mengikut pengetahuan saya, kedua-dua pengerusi menjelaskan kepada ROS beberapa bulan yang lepas.

“Mengapa ROS mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan surat?

“Mengapa menunggu hingga beberapa hari atau pada masa yang sama ketika kepimpinan pusat parti memutuskan untuk memecat seorang pemimpin?,” soalnya sangsi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>