Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Toyota Estima milik pensyarah yang hilang ditemui semula

$
0
0

DITEMUI SEMULA: Kereta Estima milik pensyarah dibawa masuk ke pekarangan IPD Kuching. Ia ditemui pada jarak lima kilometer selepas kenderaan itu dicuri dari kediamannya di Jalan Depo.

KUCHING: Toyota Estima yang dicuri dari kediaman pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Jalan Depo, Petra Jaya pada Sabtu lepas, berjaya ditemui semula pada malam kelmarin di Samariang Batu.

Pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bergegas ke lokasi susulan menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 10 malam.

Meskipun kenderaan milik wanita dalam lingkungan usia 40-an itu berjaya ditemui semula, bagaimanapun dua biji tayar, kerusi penumpang bahagian depan dan beberapa barang lain telah dilarikan pencuri.

Kereta Estima tersebut dibawa ke IPD Kuching dan polis masih meneruskan siasatan.

Sementara itu pada Sabtu lepas, pensyarah sebuah universiti tempatan tampil membuat laporan polis selepas rumahnya dipecah masuk manakala Estima miliknya dilarikan pencuri.

Insiden itu hanya disedari mangsa selepas terbangun dari tidur dan mendapati keadaan dalam rumah berselerak.

Mangsa kemudian dikatakan terus memeriksa keadaan di rumahnya dan mendapati sebuah televisyen dan komputer riba miliknya hilang, dipercayai dicuri manakala kereta Estima miliknya yang diletakkan dalam pekarangan rumah turut hilang.

Pencuri dipercayai masuk melalui belakang rumah berdasarkan jeriji tingkap belakang dirosakkan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>