Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Lelaki dikejarkan ke HUS selepas kelar tangan

$
0
0

CEDERA: Mangsa dihantar oleh isterinya ke HUS untuk menerima rawatan.

KUCHING: Seorang lelaki dari Desa Wira dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas dipercayai cuba membunuh diri.

Lelaki dalam lingkungan usia 30-an itu dikatakan cuba mengelar pergelangan tangan kirinya menggunakan objek tajam, dipercayai ketika isteri dan anaknya sedang tidur.

Isteri mangsa yang terjaga selepas terdengar bunyi bising di bahagian dapur, ternampak suaminya telah dalam keadaan berdarah di pergelangan tangan.

Wanita berkenaan serta anaknya kemudian bergegas menghantar suaminya ke HUS sekitar jam 12.30 pagi.

Bagaimanpun mangsa bernasib baik kerana tidak ada kecederaan serius dilaporkan dan dia dalam keadaan stabil.

Punca kejadian bagaimanapun tidak diketahui.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles