Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Tiada penyelewengan perubatan Islam: Daud

$
0
0

KUCHING: Tiada laporan berkaitan penyelewengan perkhidmatan perubatan Islam berlaku di Sarawak setakat ini, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.

Biarpun demikian beliau berkata, umat Islam perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak tertipu dengan sebarang sindiket penipuan yang menggunakan perubatan Islam.

Sekiranya meragui sebarang unsur yang meragukan menurutnya, lapor segera dengan agensi berkaitan agar ajaran bertentang dengan Islam dapat dibendung dengan segera.

“Biarpun tiada laporan diterima tentang penyelewengan perubatan Islam, kita (orang Islam) patut mengambil langkah berjaga-jaga.

“Ini (langkah berjaga-jaga) penting untuk memastikan tidak berlaku sebarang unsur menyalahi ajaran Islam dilakukan semasa menjalankan perubatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyelewengan terhadap perkhidmatan perubatan Islam di Sarawak.

Semalam (Isnin) akhbar ini melaporkan rawatan Islam kini menjadi pilihan bukan sahaja di kalangan umat Islam sendiri tetapi juga masyarakat majmuk di negeri ini.

Pengasas Pusat Perubatan Islam Ruqyah Al-Ikhlas Ustaz Syahrizan Wahab dipetik sebagai berkata, pusatnya menerima kunjungan pesakit pelbagai latar belakang agama yang mahu mendapatkan rawatan.

Menurut Daud lagi, agensi berkaitan Islam di negeri ini juga masih belum menerima sebarang penyelewengan termasuk yang menggunakan unsur bertentangan dengan ajaran Islam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>