Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Tindakan pantas anggota keselamatan tangkis pencerobohan perlu dipuji

$
0
0

TURUN PADANG: Harden (dua kanan) merasmikan acara menembak di Kem Pakit Sri Aman.

SRI AMAN: Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Muda Perumahan Datuk Francis Harden Hollis berkata, peranan dan tindakan pantas anggota keselamatan menangkis pencerobohan musuh perlu mendapat pujian dan penghargaan daripada semua lapisan rakyat di negeri ini.

Sehubungan itu katanya, rakyat perlu sentiasa memberi semangat kepada anggota keselamatan agar mereka terus berjuang mempertahankan kedaulatan negara ini daripada ancaman musuh.

Menurutnya, rakyat perlu mendoakan keselamatan para anggota keselamatan semasa mereka sedang bertugas menjaga kawasan sempadan negara ini daripada dicerobohi ansasir-anasir yang tidak bertanggungjawab.

“Tambahan anggota tentera sanggup mengorbankan diri serta berjauhan dengan isteri dan anak-anak tersayang tanpa mengira waktu musim perayaan.

“Berilah ucapan terima kasih kepada mereka kerana menjaga keamanan hidup kita semua,” katanya pada acara menembak di Kem Pakit Sri Aman.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berharap agar penduduk memberi kerjasama terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memelihara keharmonian dan keamanan negara ini.

Di samping itu, beliau berharap agar rakyat menjauhi pelbagai demonstrasi jalanan yang boleh menjejaskan kehormonian rakyat dan menggugat keamanan hidup rakyat sendiri.

“Apabila ini berlaku maka kerajaan tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di negara ini,” katanya.

Turut hadir Panglima 3 Briged Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Mohd Nazir Mami, Pegawai Memerintah 13 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Pakit Sri Aman Leftenan Kolonel Zamsari Abu Hassan, para kakitangan kerajaan dan penduduk di sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>