Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Projek Impian S’wak diterima baik

$
0
0

Lebih 100 ahli baharu dari Tasik Biru turut serta dalam bantu rakyat: DAP

KUCHING: Projek Impian Sarawak yang dilancarkan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) dua bulan lepas menerima sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Sarawak termasuk di kawasan luar bandar.

Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen berkata, ini terbukti apabila lebih daripada 100 ahli baharu dari kawasan Tasik Biru menyertai projek terbabit yang bertujuan membantu rakyat menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elek-trik.

Dengan adanya kemudahan asas terbabit, katanya, penduduk kampung boleh menumpukan kepada projek pembangunan ekonomi seperti perusahaan kecil-kecilan untuk pendapatan yang lebih stabil.

“Ini merupakan permulaan yang baik kepada DAP di bawah Projek Impian Sarawak dengan penyertaan lebih daripada 100 orang ahli baharu dari kawasan Tasik Biru.

“Saya yakin projek ini akan berjaya mencapai matlamatnya dan kami akan bekerja dengan lebih gigih untuk menembusi dan mendekati lebih banyak lagi kawasan yang memerlukan perhatian terutama dari segi kemudahan asas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini semalam.

Pada sidang media itu, Chong turut menerima permohonan pendaftaran lebih daripada 100 orang ahli baharu bagi projek tersebut yang diserahkan oleh pembantu khasnya, Mordi Bimol.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Kota Sentosa turut melancarkan keluaran kedua buletin ‘The Rocket Ubah Sarawak’ dalam bahasa Malaysia dan bahasa Iban.

Dalam perkembangan lain, Chong menasihatkan rakyat di negeri ini khususnya umat Kristian agar kekal bertenang susulan bantahan UMNO Selangor terhadap penggunaan kali-mah Allah dalam akhbar mingguan Katolik ‘The Herald.’

Bagaimanapun menurut Chong, ia tidak bermaksud rakyat khususnya umat Kristian harus membiarkan pihak UMNO bermaha-rajarela demi kepentingan dan agenda mereka sendiri.

“Bagi saya, isu ini sengaja dimainkan oleh UMNO di bawah Barisan Nasional (BN) untuk menarik perhatian rakyat yang menentang polisi mereka.

“Mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus berdiam diri mengenai isu ini? Tidak-kah beliau sedar bahawa tindakan beliau mendiamkan diri hanya akan memberi ruang kepada UMNO untuk meneruskan agenda mereka?

“Najib tidak boleh te-rus membisu, beliau harus tampil dengan pendirian yang tetap mengenai isu ini dan menerangkan sejelas yang mungkin kepada rakyat tentang isu ini,” kata-nya pada sidang media semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>