Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

PAWS Miri akan anjur ‘Dog-a-Walk’ tahun ini

$
0
0

MIRI: Persatuan Kebajikan Haiwan (PAWS) Miri akan terus menganjurkan aktiviti riadah berjalan bersama anjing atau ‘Dog-a-Walk’ pada tahun ini ekoran sambutan menggalakkan khasnya daripada peminat-peminat anjing di sini.

Pengerusinya, Natascha Caldenhove berkata, sekurang-kurangnya 50 ekor anjing ditemani pemilik serta rakan akan menjayakan aktiviti mereka di sepanjang pantai Kem Piasau.

Menurutnya, aktiviti bulanan itu dimulakan pada bulan Mac tahun lalu. Mereka juga pernah menganjurkan PAWS ‘Dogathon pada bulan September dan PAWS ‘Doggie Treasure Hunt’ pada Oktober.

Beliau memberitahu, bermula tahun ini juga aktiviti ‘Dog-a-Walk’ akan diadakan pada setiap hari Ahad minggu pertama setiap bulan.

Aktiviti pertama tahun ini akan diadakan pada 5 Januari di Kem Piasau bermula jam 5 petang bermula di pekarangan letak kereta bekas tapak sekolah Tenby.

“Kita juga ingin memainkan peranan dengan memanfaatkan sepenuhnya persekitaran sejuk di Kem Piasau selain peluang melihat keluarga burung enggang Jimmy dan Juliet,” jelasnya.

Natascha menambah, aktiviti itu juga merupakan peluang keemasan kepada peminat-peminat anjing di sini untuk bertemu dan berjalan beramai-ramai di pantai bersama anjing kesayangan mereka.

Beliau juga menasihati peserta untuk membawa bersama beg buang najis anjing dan minuman untuk anjing mereka.

PAWS juga akan menjadikan aktiviti itu untuk mengutip dana bagi mendapatkan sistem kamera CCTV untuk pengawasan keluarga burung enggang di Kem Piasau. Dana diperolehi dengan menjual barangan PAWS.

“Aktiviti ini diharap dapat meningkatkan pemahaman penduduk tentang kepentingan interaksi antara manusia dan haiwan, meluangkan masa, menyayangi serta menjaga kesihatan haiwan peliharaan mereka,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman PAWS Miri di Facebook atau hantar SMS ke talian 013-8065066.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>