Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Hukuman penjara ke atas pencuri kereta Liwan ditambah ke 24 bulan

$
0
0

KUCHING: Dua lelaki yang sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara selama 13 bulan kerana didapati memiliki kereta dipercayai dicuri dari seorang menteri muda ditambah hukuman menjadi 24 bulan penjara selepas permohonan terhadap hukuman dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tiin, semalam.

Poh membuat permohonan itu terhadap Junaidi Razali, 47, berasal dari Semariang dan Robert Denik Jishian, 29, dari Bau di Mahkamah Tinggi dan Hakim Datuk Rhodzariah Bujang

untuk menambah hukuman penjara 24 bulan bermula dari tarikh tangkapan.

Mereka dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki kereta Toyota Fortuner yang dicuri daripada Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang.

Mereka ditangkap ketika cuba menyeludup keluar kereta tersebut ke negara jiran dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu pada 21 Disember, jam 6.20 pagi.

Kereta tersebut dilaporkan dicuri di Kota Sentosa pada 16 Disember sekitar jam 7 pagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>