Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

TBC: Kutipan sampah sepanjang Jan ini

$
0
0

MIRI: Sempena meraikan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC), Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan melakukan kutipan sampah domestik selama 30 hari bermula 1 hingga 30 Januari.

Ia merupakan aktiviti pembersihan sesi pertama untuk tahun ini yang melibatkan 35 lokasi di lapan zon kediaman.

Sebanyak 52 tong sampah telah disediakan sebagai kemudahan untuk penduduk membuang sampah mereka untuk diuruskan oleh Unit Pengurusan Kutipan Sampah Domestik MBM.

Zon Satu merangkumi kediaman di sekitar Taman Tunku dengan menempatkan empat tong sampah di Jalan Kuching Timur, Jalan Jelita pada 12 hingga 17 Januari, tiga tong sampah di Jalan Sibu pada 18 hingga 23 Januari dan dua tong sampah di Jalan Lawas/Jalan Tunku Abdul Rahman bermula 24 hingga 29 Januari.

Zon Dua merangkumi kediaman Jalan Luak hingga Bakam dengan menempatkan sebuah tong sampah di Jalan Luak pada 12 hingga 14 Januari, sebuah tong sampah di Jalan Shangrila pada 15 hingga 17 Januari dan dua tong sampah di Jalan Ameria/Jalan Acorus pada 18 hingga 22 Januari.

Zon Tiga merangkumi kediaman di sekitar Jalan Riam dan Jalan Miri-Bintulu dengan menempatkan sebuah tong sampah masing-masing di Jalan Cahaya, rumah kedai Taman Hilltop dan Jalan Utama pada 23 hingga 27 Januari, sebuah tong sampah di Jalan Luak Bay dan sebuah tong sampah di rumah kedai Pin Fook pada 25 hingga 30 Januari.

Zon Empat merangkumi kediaman di sekitar Krokop, kawasan Jee Foh dan Piasau Jaya dengan menempatkan dua tong sampah di belakang Wisma Yee Lok dan Jalan Cosmos pada 12 hingga 25 Januari,  sebuah tong sampah di rumah kedai dan pasar Krokop 5 pada 16 Januari hingga 30 Januari, dua tong sampah di rumah kedai Jee Foh 6 pada 12 hingga 25 Januari, dua tong sampah di Jalan Chong Foh pada 16 hingga 30 Januari, dua tong sampah di hadapan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri pada 12 hingga 18 Januari, dua buah tong sampah di hadapan Kolej Prime pada 19 hingga 25 Januari, dua tong sampah di Jalan Taman Piasau Dua pada 26 hingga 30 Januari dan dua tong sampah di Jalan Piasau 3 pada 1 hingga 9 Januari.

Zon Lima merangkumi kawasan Pujut dengan menggunakan tong sampah sedia ada di Pujut Corner pada 1 hingga 30 Januari, dua tong sampah di Jalan Pujut 4B, dua tong sampah di Jalan Pujut 8 Lorong 28 pada 1 hingga 9 Januari dan empat tong sampah di pusat tong sampah Piasau Utara pada 1 hingga 30 Januari.

Zon Enam merangkumi kawasan Tudan dengan menempatkan sebuah tong sampah di hadapan Gereja Roman Catholic pada 25 hingga 30 Januari dan sebuah tong sampah di depan Tadika Perpaduan pada 5 hingga 9 Januari.

Zon Tujuh merangkumi kawasan Permyjaya dengan menempatkan dua tong sampah di Curtin Village, Senadin Dua dan Tiga, Jalan Desa Senadin Satu, Jalan Desa Senadin dan Jalan Maigold  pada 1 hingga 5 Januari, sebuah tong sampah di rumah kedai Permyjaya pada 1 hingga 5 Januari, sebuah tong sampah di Desa Indah Tiga pada 6 hingga 9 Januari dan sebuah tong sampah di rumah kedai di Desa Pujut 2 pada 6 hingga 9 Januari.

Zon Lapan merangkumi kawasan Lutong dengan menempatkan sebuah tong sampah di Kampung Pasir dan menggunakan tong sampah sedia ada di pasar raya GK bermula 1 hingga 30 Januari.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>