KUCHING: Tiada insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang sambutan ambang tahun baharu di sekitar bandar raya Kuching malam kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching DSP Amihizam Abdul Shukor berkata pihaknya telah menjalankan rondaan di 16 kawasan di sekitar bandar raya ini.
Justeru beliau yang me-wakili pihak polis Sarawak menyampaikan penghargaan khususnya kepada penduduk sekitar bandar raya Kuching yang memberi kerjasama dalam memastikan tiada berlaku insiden yang boleh menggugat ketenteraman awam.
“Setakat ini (malam kelmarin) kami telah menjalankan rondaan di 16 kawasan di sekitar Kuching dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang operasi ini dijalankan.
“Kita amat menghargai kerjasama yang diberikan penduduk Kuching untuk menjadikan Kuching sebagai satu bandar raya yang selamat didiami, di mana sambutan tahun baharu kali ini juga disambut dengan aman damai dan tenteram,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas operasi tersebut malam kelmarin.
Beliau menambah, antara 16 kawasan yang dimaksudkan ialah Padang Merdeka, Tebingan Kuching, Esplanade, pusat beli-belah Boule-vard, kawasan BGS(Boyan, Gersik, Sourabaya), Masja dan Damai Sentral.
Menurut Amihizam yang juga Ketua Bahagian Ke-tenteraman Awam IPD Ku-ching, seramai 392 individu dengan 307 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi tersebut dijalankan.
Hasil pemeriksaan, sebanyak 119 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.