Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Henti buat kenyataan atau spekulasi berhubung pemimpin TERAS: Shilling

$
0
0

SIBU: Jawatankuasa Protem Unit Bumiputera Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Cawangan Sibu meminta pihak luar terutama ahli-ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) agar tidak lagi membuat kenyataan atau spekulasi berhubung pemimpin-pemimpin dalam TERAS.

Pengerusi Protem Unit Bumiputera ini, Andrew Shilling berkata presiden SUPP serta rakan-rakannya perlu berhenti membuat kenyataan dan spekulasi berhubung pemimpin-pemimpin TERAS terutama Dato Sri Wong Soon Koh.

“Jangan bertindak keterlaluan dan melampaui batasan. Meskipun kami tidak lagi dalam SUPP, namun kami masih bekerja untuk kebaikan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mengekalkan semangat BN.

“Biarkan kami bergerak mengikut cara kami sendiri bagi membantu BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” ujarnya pada sidang media, petang semalam.

Setiausaha Politik Ketua Menteri itu juga mahu ahli-ahli SUPP tidak lagi memberi tekanan kepada pemimpin-pemimpin BN untuk tidak menerima TERAS ke dalam BN.

Menurut Andrew, semua tahu 10 wakil rakyat telah menyertai TERAS dan mereka masih lagi menjadi wakil rakyat BN, kecuali ADUN Pelagus George Lagong.

“Wakil rakyat ini telah berikrar untuk taat setia kepada Ketua Menteri, selain menjadi rakan kepada BN,” jelasnya.

Beliau juga mahu ahli-ahli SUPP memikirkan mengenai soal parti terbabit (SUPP), terutama bagi menambah kekuatan parti dalam membantu memenangi PRN akan datang untuk BN.

Sebagai Unit Bumiputera ujar Andrew, mereka masih mendapat sokongan kuat daripada pengundi-pengundi Bumiputera terutama daripada kaum Iban di Parlimen Sibu dan Lanang.

“Seramai 4,000 ahli Unit Bumiputera SUPP Sibu sebelum ini juga telah keluar parti dan menyuarakan sokongan untuk menyertai TERAS.

“Daripada jumlah itu, separuh telah menghantar borang bagi menyertai TERAS sementara selebihnya akan berbuat demikian sebelum Perhimpunan Agung Tiga Tahun Sekali (TGA) TERAS pada 26 Julai depan,” jelasnya.

Andrew juga memberitahu, mereka juga tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti seperti Peace Party, sebagaimana yang dinyatakan dalam akhbar sebelum ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>