Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Dua wanita ditahan kerana disyaki kendali loteri haram

$
0
0

KUCHING: Dua wanita ditahan selepas disyaki mengendalikan loteri haram di sebuah premis menjual telefon bimbit di King Centre di sini, petang semalam.

Tangkapan tersebut adalah hasil serbuan oleh anggota dari Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sekitar jam 1.40 petang.

Kedua-dua wanita warga tempatan berkenaan dipercayai berusia sekitar 30 hingga 40-an.

Turut dirampas ialah beberapa peralatan untuk mengendalikan loteri haram, kertas-kertas yang tercatat angka-angka serta sejumlah wang tunai.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>