Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Orang ramai dinasihat tidak lakukan pembakaran terbuka

$
0
0

TERBAKAR: Kawasan hutan di Selalang terbakar dipercayai akibat unggun api ditinggalkan oleh pemburu.

SARIKEI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarikei menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutama ketika musim panas sekarang.

Ketua Balai Bomba Sarikei Suna Kaha berkata, kejadian El Nino yang melanda kini menyebabkan musim panas berlarutan sehingga September depan.

Oleh itu, katanya, pembakaran terbuka adalah dilarang sama sekali kecuali jika benar-benar perlu.

“Jika pembakaran perlu dilakukan bagi menjalankan aktiviti pertanian, pihak terbabit perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berwajib.

“Sebagai contoh pihak Majlis Daerah Sarikei, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya,” katanya di sini semalam.

Suna juga menasihati petani yang hendak melakukan pembakaran agar membuat perancangan terlebih dahulu supaya api tidak merebak ke kawasan lain.

Katanya, petani perlu menentukan keluasan yang mahu dibakar, membuat ‘fire break’ selain perlu mengawasi api pada setiap masa.

“Apabila sudah siap melakukan pembakaran, sila pastikan api benar-benar padam,” katanya sambil merujuk kepada kes kebakaran hutan di Jalan Sesco, Selalang semalam.

Kebakaran hutan itu yang melibatkan kawasan seluas satu ekar dipercayai berpunca daripada unggun api yang ditinggalkan oleh pemburu.

Menurut Suna, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran itu pada kira-kira jam 1.34 petang semalam dan berjaya mengawal kebakaran jam 2.40 petang.

Lima anggota bomba diketuai Shairulnizam Wailie dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Kejadian kebakaran ini merupakan kes kebakaran hutan pertama dilaporkan berlaku pada Jun ini,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>