Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Nelayan perlu tahu hidupan laut dilindungi

$
0
0

Oleh Saibi Gi //

Penangkapan ikan gergaji dapat dielak jika nelayan diberi kesedaran mengenainya

KUCHING: Meskipun sedih susulan penangkapan ikan gergaji di Kampung Bruit, Daro kelmarin, Dana Alam Sekitar Sedunia – Malaysia (WWF-Malaysia) percaya insiden itu dapat dielak jika nelayan tempatan diberi kesedaran mengenai hidupan laut yang dilindungi.

Pengarah WWF-Malaysia Dr Sundari Ramakrishna berkata para nelayan tidak wajar untuk terus-menerus mengamalkan sikap tidak tahu spesies itu dilarang ditangkap dan dimakan atau dijual.

Nelayan pada masa kini perlu tahu ikan gergaji seberat 300 kilogram dan lima meter panjang itu merupakan dalam senarai ikan yang amat jarang ditemui dan dilarang penangkapannya seperti termaktub di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITEs) 2007.

“Mereka perlu melaksa-nakan peranan dalam pemuliharaan dengan mengetahui spesies yang biasa dan jarang dijumpai, dan memilih untuk bertanggungjawab dengan melepaskan semula tangkapan ke dalam laut.

“WWF-Malaysia berharap insiden di Pulau Bruit dijadikan pengajaran kepada semua dan menggerakkan orang ramai dari pelbagai lapisan agar lebih bertanggungjawab ketika membeli makanan laut,” ujarnya.

Apabila situasi itu berlaku ia akan membantu menjadikan hidupan laut lebih lestari, katanya.

Orang ramai boleh merujuk panduan makanan laut di www.saveourseafood.my yang disediakan dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina.

Sementara itu, ahli iktio-logi (saintis yang mengkaji tentang ikan) daripada Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, UNIMAS Dr Khairul Adha mengesahkan tangkapan itu ialah ikan gergaji – sejenis spesies daripada keluarga ikan pari.

Reaksi pertama beliau apabila melihat gambar dan berita dipaparkan di akhbar semalam ialah: “Sayangnya…ini spesies yang amat jarang ditemui di seluruh dunia.”

Malah beliau kesal kerana tidak berkesempatan untuk menyaksikan dengan lebih dekat ikan tersebut.

Beliau setuju bahawa ke-sedaran mengenai spesies hidupan laut yang pupus perlu diketahui oleh nelayan tempatan bagi mengelakkan perkara sama berulang.

Bagaimanapun beliau tidak menyalahkan nelayan terbabit kerana baginya orang kampung terutama yang kurang terpelajar tidak mengetahui senarai spesies dilindungi.

“Lagipun golongan yang terdedah dengan pelbagai maklumat ada yang menge-tahui spesies ikan gergaji ini tersenarai dalam Senarai Merah IUCN,” katanya.

Menurutnya, ikan gergaji pernah dijumpai di perairan Malaysia sebelum ini tetapi ia sudah lama.

“Ini bukan yang pertama dijumpai di perairan negara tetapi memang amat jarang dijumpai sehinggakan kita sangka ia tidak lagi wujud,” ujarnya.

Katanya muncung gergaji yang panjang menyebabkannya mudah tersangkut di pukat tunda nelayan.

Kelmarin, penduduk Kampung Bruit, Daro dikejutkan dengan tangkapan amat luar biasa mereka apabila berjaya mendaratkan ikan gergaji.

Selang beberapa jam selepas tangkapan amat luar biasa, ikan gergaji oleh dua nelayan dari Kampung Bruit, Daro, kelmarin wujud persoalan adakah spesies amat terancam itu boleh ditangkap.

Seorang penduduk kampung terbabit membayangkan dua nelayan terbabit tidak wajar dipersalahkan kerana menangkap ikan gergaji atau nama saintifiknya Pristidae.

“Orang kampung bukan pemburu kritikal tetapi nela-yan tradisional yang menyara hidup berbanding beberapa pemburu di laut barat dan Asia dari negara-negara maju.

“Ikan gergaji mungkin spesies terancam dan sudah pasti ramai orang Sarawak mungkin tidak menyedari kewujudan undang-undang bagi melindungi spesies itu.

“Apatah lagi nelayan sara hidup akan mengambil apa sahaja tangkapan yang baik dari pukat dan membawanya balik,” katanya yang enggan dikenali ketika mengulas di laman sosial miliknya semalam.

Menurut Wikipedia, ensi-klopedia dalam talian, ikan gergaji juga sering disalah anggap dengan ikan yu gergaji (Pristiophoriformes) kerana dua spesies itu hampir sama.

“Semua spesies ikan gergaji disenarai sebagai amat terancam dan berisiko pupus memandangkan populasinya berkurangan kepada 10 peratus pada tahap sejarah, susulan kemusnahan habitat dan kegiatan penangkapan ikan,” Wikipedia dipetik.

Sementara itu, pegawai berkaitan di Sarawak Fores-try Corporation (SFC) tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasan atau tindakan susulan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>