Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Hujan lebat diramal turun pada 24 dan 25 Disember

$
0
0

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) semalam mengeluarkan amaran hujan lebat Peringkat Kuning untuk dua hari berturut-turut bermula hari ini (24 dan 25 Disember 2013).

Diramalkan hujan lebat sekejap- kejap kadangkala sederhana berlaku di bahagian Kuching, Samarahan, Betong, Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Mukah mulai hari ini (Selasa) sehingga Rabu (25 Disember 2013).

Menurut JMM keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. JMM turut meramalkan rebut petir berlaku di bahagian Kuching terutama di daerah Kuching serta Bau dan keadaan ini berkemungkinan menyebabkan banjir kilat.

Sementara itu Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah yang dihubungi semalam menasihati orang ramai terutama yang tinggal di kawasan rendah serta berisiko tinggi dilanda banjir agar mengambil langkah berjaga-jaga.

Beliau menambah, penduduk harus menyimpan dokumen- dokumen penting di tempat selamat dan mudah dicapai sekiranya berlaku banjir.

“Saya juga meminta agar ketua kaum atau pengerusi jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung memaklumkan dengan segera kepada Pejabat Daerah jika air mula naik supaya ia boleh dipanjangkan kepada ahli jawatankuasa bantuan banjir lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya.

Beliau berkata ramai berpendapat bahawa jawatankuasa bantuan banjir hanya perlu dimaklumkan sekiranya mangsa perlu dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Sebaliknya ujar beliau, Pejabat Daerah harus dimaklumkan sekiranya penduduk terputus hubungan dengan kawasan luar meskipun air tidak memasuki rumah.

“JKMNS akan menghantar bantuan makanan dengan segera kepada mangsa jika mereka terputus hubungan dan jika perlu dipindahkan tindakan susulan akan diambil.

“Kami tidak mahu insiden yang berlaku di Miri baru-baru ini berlaku semula, kerana ketua kaum berpendapat kejadian itu tidak perlu dimaklumkan kepada agensi bertanggungjawab kerana mangsa tidak perlu berpindah,” jelasnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>