Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Undang-undang hudud tidak akan dilaksana di Sarawak, kata Adenan

$
0
0

KUCHING: Undang-undang hudud tidak akan dilaksanakan di Sarawak, tegas Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

Sehubungan itu, beliau memohon kepada pihak pembangkang agar tidak membangkitkan perkara ini lagi.

Malah dalam ucapan penggulungannya pada Persidangan DUN semalam Adenan bertegas bahawa Al-Kitab tidak akan disekat dan dirampas di Sarawak.

“Saya ingin menjelaskan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan di Sarawak dan sebagai makluman ahli yang berhormat bagi Ba’kelalan, Al-Kitab juga tidak akan disekat atau dirampas.

“Saya tidak dapat bercakap bagi Malaysia tetapi saya dapat bercakap untuk Sarawak,” tegas Adenan dalam penggulungannya di Kompleks DUN di sini.

Sementara itu Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) menyatakan kesepakatannya dengan pendirian Adenan.

Namun pada masa yang sama beliau memohon Ketua Menteri menasihati rakan-rakan beliau daripada SUPP agar tidak membangkitkan isu ini.

Ini kerana menurut Chong, SUPP merupakan pihak yang telah menimbulkan isu ini di Sarawak.

“Bagi kami, jelas bahawa kami tidak mahu hudud dilaksanakan di Sarawak mahupun Malaysia.

“Mereka yang menimbulkan isu ini adalah SUPP.

Jadi bolehkah Ketua Menteri menasihati rakan-rakan daripada SUPP agar tidak memainkan isu ini lagi,” ujar Chong.

Dalam pada itu Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh yang turut mencelah mencabar DAP agar keluar daripada Pakatan Rakyat jika mereka benar-benar menentang hudud.

“Jika (DAP-Kota Sentosa) boleh mewakili DAP dan bersetuju dengan kata-kata Ketua Menteri, jadi keluar daripada Pakatan.

“Ini bagi membuktikan bahawa mereka benar-benar ikhlas dan tidak mahu hudud dilaksanakan di Sarawak,” cabar Wong.

Dalam pada itu meskipun berbeza fahaman politik, namun Ketua Menteri semalam bersetuju untuk menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1 juta bagi membiayai yuran perubatan Wong Ho Leng (DAP-Bukit Asek).

Bantuan kewangan tersebut telah dipersetujui oleh kerajaan negeri selepas mempertimbangkan permohonan yang diterima daripada Chong.

Keluruhan kos perubatan Wong yang kini sedang menerima rawatan di Singapura adalah berjumlah RM1.4 juta.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>