Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

‘Ngayap’: Pekerja ladang kelapa sawit ditahan polis

$
0
0

Wanita cedera dalam pergelutan dengan lelaki berseluar dalam.

SIBU: Seorang pemuda menerima padah apabila cuba ‘ngayap’ isteri orang di sebuah bilik asrama pekerja ladang kelapa sawit di Naman, kira-kira 60 kilometer dari sini semalam.

Amalan ‘ngayap’ dalam adat masyarakat Iban ber­maksud si teruna mencari jodoh dengan memasuki kamar tidur si gadis di rumah panjang.

Bagaimanapun, hasrat ‘ngayap’ lelaki terbabit disalah guna kerana dia mempunyai niat tidak baik terhadap gadis berk­enaan apabila muncul secara mengejut di depan mangsa dengan hanya berseluar dalam.

Memikirkan lelaki itu cuba memperkosanya, mangsa bertindak mem­pertahankan diri sehingga berlaku pergelutan di tempat kejadian.

Dengan kekuatan yang ada, mangsa, 27, bek­erja sebagai kerani di situ menjerit sehingga memaksa penceroboh hampir berbogel itu memukulnya dipercayai dengan sebatang kayu.

Bunyi bising menarik perhatian para penghuni yang bergegas keluar dari bilik masing-masing.

Salah seorang saudara mangsa sempat menge­cam muka lelaki yang bergegas lari dari bilik mangsa.

Mangsa kemudiannya dihantar oleh kakitangan ladang ke Hospital Sibu untuk mendapatkan ra­watan.

Mangsa menerima tiga jahitan di kepala dan dua jahitan di jari kelingking kanannya.

Bertindak daripada laporan, polis pergi ke lokasi kejadian dan ber­jaya menahan seorang suspek lelaki berusia 23 tahun.

Suspek berbangsa Iban dari Song merupakan se­orang tukang kayu yang bekerja di ladang sama.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>