Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Penduduk mahu penjelasan status projek klinik Siburan

$
0
0

KUCHING: Penduduk Siburan mahu penjelasan sewajarnya mengenai status pembinaan semula klinik kesihatan seperti yang dijanjikan bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada tahun 2011.

Sehingga kini, projek pembinaan semula klinik yang dianggarkan bernilai RM22 juta di atas tanah berkeluasan 11.65 ekar itu masih tiada bayangan jelas untuk dilaksanakan.

Timbalan Ketua Wanita Kebangsaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Voon Shiak Ni berkata, beliau mewakili suara rakyat Siburan mahu penjelasan lengkap berkenaan status janji yang ditabur tiga tahun lepas itu.

“Janji sudah ditabur, peruntukan sebanyak RM22 juta telah diuar-uarkan, tetapi kenapa sampai kini, penduduk Siburan masih bergantung dengan bangunan klinik kesihatan yang dibina daripada kayu?

“Ke mana pergi semua janji manis itu dan saya memohon pihak bertanggungjawab dapat menjawab persoalan ini serta menyediakan penjelasan yang sewajarnya mengenai status projek penambahbaikan klinik tersebut,” katanya pada sidang media di pejabat PKR di sini semalam.

Bagaimanapun, Voon menjelaskan, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lepas, Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil ada menyentuh mengenai isu penambahbaikan Klinik Siburan itu akan tetapi sehingga hari ini, isu tersebut senyap tanpa berita.

“Pada persidangan DUN tahun lepas, Dr Jerip ada memberitahu, keluasan tanah bagi membina semula klinik di Siburan adalah seluas enam ekar, tidak sama seperti yang dijanjikan sebelum ini iaitu seluas 11.65 ekar.

“Lantaran itu, penduduk tertanya-tanya, ke manakah perginya tanah seluas 5.65 ekar lain yang sepatutnya digunakan untuk membina klinik baharu yang lebih moden dan selesa untuk digunakan penduduk setempat?” tegasnya.

Beliau turut berasa kesal dengan segelintir individu yang bertanggungjawab kerana membiarkan perkara itu tergantung tanpa sebarang penjelasan bagi memberi gambaran sebenar kepada penduduk Siburan berkenaan status pembinaan semula klinik kesihatan di situ.

Hadir sama Ketua Belia PKR Mambong Musa Ngog yang juga Koordinator PKR Tarat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>