Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Yayasan Sarawak bantu 16,550 pelajar dalam tempoh lima tahun: Len Talif

$
0
0

KUCHING: Kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak amat prihatin dalam me-nyumbang kepada pembangunan pendidikan melalui tawaran tajaan biasiswa serta pinjaman kepada pelajar-pelajar yang layak.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datu Len Talif Salleh ber-kata, dalam tempoh lima tahun (2009-2013), Yayasan Sarawak telah memberi bantuan dalam bentuk pinjaman dan biasiswa kepada 16, 550 pelajar.

Jumlah ini katanya melibatkan anak-anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) sama ada dalam atau luar bandar.

Yayasan Sarawak melalui pelbagai program dan Skim Bantuan Pendidikan katanya, juga telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM35 juta setahun untuk kecemerlangan anak-anak Sarawak dalam bidang pendidikan.

“Bagi pemberian bantuan pendidikan, Yayasan Sarawak tidak mengambil kira kedudukan goegrafi seorang pemohon.

“Ia terbuka kepada semua anak Sarawak yang layak tanpa mengira bangsa, agama dan daerah asal atau tempat tinggal mereka.

“Apa yang dipentingkan adalah untuk memastikan mereka yang layak dapat meneruskan pengajian tanpa perlu risau akan faktor kewangan, “ katanya.

Len berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan daripada George Lagong (Bebas-Pelagus) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini semalam.

Tambah Len, bagi tempoh 2009-2013, bilangan penerima pelbagai Skim Bantuan Pendidikan di IPT yang telah dilaksanakan oleh Yayasan Sarawak di bahagian Kapit adalah seramai 695 orang.

Jumlah ini katanya tidak termasuk mereka yang berasal dari Kapit tetapi bermaustatin di tempat lain sama ada di Kuching atau tempat-tempat lain luar dari Kapit.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>