Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

KPS laksanakan Pelan Tindakan Pembangunan Belia

$
0
0

KUCHING: Kementerian Pembangunan Sosial melaksanakan Pelan Tindakan Pembangunan Belia dengan harapan dapat melahirkan belia aktif, berbudi pekerti, bersemangat kesukarelaan dan berilmu di negeri ini.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Luar Bandar) Dr Stephen Rundi Utom berkata, tujuan pelan pembangunan tersebut dilaksanakan adalah untuk mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan sahsiah belia.

“Selain itu, ia bertujuan mengupayakan pertubuhan belia selain meningkatkan semangat kersukarelaan melalui kerja-kerja amal, kebajikan dan kemasyarakatan.

“Pelan ini turut memberi kefahaman generasi belia tentang kepentingan hubungan mereka dengan pelbagai agensi termasuk jaringan antarabangsa,” katanya ketika menjawab soalan Dr Hazland Abang Hipni (BN-Demak Laut) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Justeru, beliau yang juga ADUN Kemena berkata, selaras dengan pelan tindakan tersebut, antara program utama yang dirancang ialah Hari Belia Sarawak, penubuhan Y-Centre di semua bahagian di Sarawak, Program Kesukarelaan dan Kerjaya, Perkemahan Remaja Sarawak dan Jambori Belia Sarawak.

Bukan itu sahaja tambahnya, program belia yang dilaksanakan kementerian melibatkan kerjasama erat bersama pelbagai pihak khasnya Jabatan Belia dan Sukan serta persatuan-persatuan belia.

Menjawab soalan tambahan Dr Hazland mengenai Pelan Strategik Kementerian Belia dan Sukan terutama dalam menangani isu-isu belia seperti keganasan, kemiskinan, kesihatan mental, peluang pekerjaan dan jaringan belia jelasnya:

“Secara terasnya pelan strategik kementerian ialah melalui pemantapan keupayaan dan kapasiti organisasi serta pemerkasaan pembangunan insan dan gerakan belia dan pendekatan jaringan kerjasama dan perkongsian pintar, pemantapan pembangunan belia dan sukan.

Bagi soalan tambahan kedua, katanya, antara kursus-kursus yang disediakan di kem belia di seluruh Sarawak ialah Kursus Kepimpinan Remaja, Kursus Kecemerlangan Remaja, Kursus Pemerkasaan Belia Untuk Milenia, Hari Terbuka Kem Belia dan Karnival Antara Kem Belia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>