Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Usul ‘Private Members Bills’ bagi pinda Kanun Tanah Sarawak 2014 ditolak

$
0
0

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam menolak usul daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Baru Bian untuk memperkenalkan ‘Private Members Bills’ bagi meminda Kanun Tanah Sarawak 2014.

Usul tersebut ditolak selepas gagal mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli dewan dengan hanya 14 daripada ahli-ahli dewan bersetuju manakala 52 lagi tidak bersetuju dengan usul yang dicadangkan itu.

Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar ketika menggulungkan usul tersebut berkata cadangan tersebut dilihat prejudis dengan kes-kes melibatkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di mahkamah.

Justeru katanya, sebarang pindaan akan mempengaruhi serta menjejaskan proses perbicaraan kes-kes melibatkan tanah NCR di mahkamah.

Pada sidang media di Pusat Media Kompleks DUN di sini semalam, Baru yang kecewa dengan penolakan tersebut berkata kes-kes yang dinyatakan oleh beliau dalam usul tersebut bukan ‘pending case’.

Kes tersebut, Nor Anak Nyawai & Ors v. Borneo Pulp Plantation Sdn Bhd & Ors (2001) dan Bisi ak Jinggot v. Superitendent of Lands & Surveys, Kuching & 3 Ors merupakan kes yang telah selesai.

“Memang ada banyak kes yang masih pending, tetapi tidak bermaksud pindaan ini akan menjejaskan kes-kes yang masih dalam perbicaraan.

“Saya telah mengusulkan perkara ini sebelum ini dan Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem yang ketika itu merupakan Menteri Tugas-Tugas Khas mencadangkan kepada saya untuk memperkenalkan Pirvate Members Bills.

Susulan itu Baru yang juga pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri memohon secara baik daripada ahli-ahli dewan agar tampil mencadangkan perkara ini kepada Ketua Menteri.

“Kami tidak kisah jika usul ini ditolak kerana kami telah melaksanakan tanggungjawab kami apatah lagi isu ini akan memberi manfaat kepada masyarakat termasuk daripada kalangan ahli keluarga ahli-ahli dewan di sini,” ujarnya.

Dalam pada itu dewan semalam turut menolak usul daripada ADUN Pelawan David Wong untuk menambah kekerapan persidangan daripada dua kepada tiga dan lapan kepada 14 bagi setiap mesyuarat.

Speaker DUN bagaimanapun menolak usul tersebut atas sebab bahawa DUN tiada kuasa untuk menentukan tempoh persidangan melainkan Yang di-Pertua Negeri.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>