Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Sarawak mohon kuota khas gas asli

$
0
0

KUCHING: Sebagai usaha mendapatkan kuota khas untuk gas asli yang diterokai dan diperolehi di Sarawak, kerajaan negeri sudah mengemukakan permohonan rasmi kepada kerajaan persekutuan berhubung perkara tersebut.

Menteri Muda Pelaburan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi) Datuk Julaihi Narawi berkata, kuota khas itu penting bagi memenuhi keperluan stesen jana kuasa dan aktiviti hiliran lain yang terdapat di negeri ini.

Menurutnya, beliau juga berharap kerajaan persekutuan dapat mempertimbangkan perkara itu dan memberi reaksi positif kepada permohonan Sarawak.

“Kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan rasmi berhubung perkara ini (permohonan kuota khas). Saya berharap kerajaan persekutuan dapat memberi respons positif.

“Ini kerana ia (kuota khas) penting untuk memenuhi keperluan stesen jana kuasa dan aktiviti hiliran lain,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Aidel Lariwoo (BN-Sadong Jaya) berhubung sumbangan lain Petronas kepada kerajaan negeri setiap tahun selain daripada royalti lima peratus.

Sebagai syarikat petroleum nasional Julaihi menjelaskan, Petronas perlu mempertimbangkan cadangan untuk meningkatkan pegangan ekuiti Sarawak dalam projek terbaharunya di negeri ini.

Untuk meningkatkan peratusan royalti petroleum yang diterima Sarawak, beliau berkata kerajaan negeri dan pusat memang bersedia untuk berunding bagi meminda Akta Pembangunan 1974.

“Kerajaan negeri telah meminta Petronas menyediakan geran pembangunan yang dapat digunakan di Sarawak termasuk dalam pembangunan infrastruktur,” ujarnya.

Menurut Julaihi lagi, Petronas telah membuat sumbangan penting kepada ekonomi negeri dengan pengembangan sumber hidrokarbon yang ditemui di perairan Sarawak.

“Berikutan penemuan minyak dan gas terutama di rantau Central Luconia, Petronas melabur berbilion ringgit untuk membina serta mengembangkan kemudahan berkaitan minyak dan gas di Sarawak.

“Ia termasuk Kompleks LNG Petronas yang menjana limpahan ekonomi besar kepada negara dan negeri ini serta rakyatnya termasuk peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” jelasnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>