Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Sarawak mungkin akan kuat kuasa zakat pertanian, kata Daud

$
0
0

KUCHING: Sarawak mungkin akan mengikut langkah negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia untuk menguatkuasakan zakat pertanian, kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman.

Beliau berkata, ia merupakan perkara yang baik dan bakal dilaksanakan secara berperingkat-peringkat memandangkan masyarakat Islam di Sarawak yang terlibat dengan pertanian tidak ramai.

“Bagi kita ia (zakat pertanian) mungkin dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

“Ia memang perkara baik namun keadaan masyarakat Islam di Sarawak yang terlibat dengan pertanian tidak ramai,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Fatwa Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Menurutnya, pihaknya akan melihat konsep pelaksanaannya terlebih dahulu sebelum zakat pertanian dapat dilaksanakan di negeri ini.

“Kalau sesuai kenapa tidak untuk kita laksanakannya di negeri ini,” ujarnya.

Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, Jawatankuasa Fatwa Perlis berpandangan zakat pertanian perlu diuar-uarkan agar masyarakat Islam mempunyai kesedaran.

“Ini kerana jika hasil pertanian cukup nisab dan kadar yang ditetapkan hukum syarak, zakat pertanian boleh dibuat,” jelasnya.

Sebagai contoh di Perlis ketika ini katanya, hasil pertanian semakin bertambah selain zakat padi meningkat dan penghasilan mangga harum manis juga semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat.

“Jadi zakat pertanian boleh dilaksanakan. Zakat pertanian mencakupi makanan asasi dan makanan bukan asasi serta hasil tangkapan laut,” kata Juanda.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>