Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

COLA harus dilaksana sebagai undang-undang

$
0
0

Demikian harapan MTUC Sarawak bagi meringankan beban pekerja berikutan kenaikan harga barang

Oleh Hamimi Kassim //

KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak berharap elaun kos sara hidup (COLA) dapat dilaksanakan sebagai undang-undang di negeri ini.

Presidennya Mohd Ibrahim Hamid berkata, MTUC sedar kepentingan COLA kerana pelaksanaanya mampu meringankan beban pekerja berikutan kenaikan harga barang yang semakin meningkat kini.

“Kami difahamkan penjawat awam dan pekerja swasta di Sarawak tidak dibayar COLA dan walaupun digantikan dengan elaun wilayah tetapi tidak semua sektor di negeri ini dibayar elaun wilayah.

“Setahu MTUC, elaun wilayah adalah untuk menyetarakan perbezaan harga barang antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

“Justeru, pekerja berhak untuk dibayar COLA oleh majikan,” katanya dalam sistem pesanan ringkas kepada Utusan Borneo semalam.

Ibrahim memberitahu, MTUC berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mewartakan Akta Gaji Minimum dan Akta Umur Persaraan Minimum 60 tahun.

“Dengan itu, pekerja di negara ini dapat menikmati faedah yang setanding seperti dinikmati pekerja di negara maju seperti di Eropah,” katanya

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata pewartaan akta terbabit sememangnya tepat dalam persediaan Malaysia untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Terdahulu, Ibrahim menjelaskan bahawa MTUC Sarawak tidak pernah gagal menyambut Hari Pekerja setiap tahun walaupun dalam skala sederhana.

Menurutnya, pada tahun ini seramai 200 ahli kesatuan daripada gabungannya di Kuching hadir di Tebingan Kuching pada tengah hari 1 Mei lalu bagi mendengar mesej daripada pimpinan di Sarawak.

Ibrahim berkata selain bertujuan meminta pembayaran COLA kepada pekerja oleh majikan, perhimpunan ini turut dimanfaatkan dengan pengumpulan dana bagi membantu Persatuan Autistik Kuching.

Selepas perhimpunan tersebut, ahli kesatuan yang mengenakan pakaian berwarna merah merarau di Little Lebanon.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>