Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Gunakan bakat yang ada sebagai sumber rezeki: Joseph Kalang

$
0
0

SIBU: Gunakan bakat yang ada sebagai sumber rezeki, kata Kapten Ngap Sayot Joseph Kalang Tie.

Menurutnya, dalam apa jua jenis sukan diceburi setiap atlet mesti manfaatkan bakat yang ada sebagai jaminan pendapatan masa depan.

“Gunakanlah bakat yang ada dengan sebaik mungkin, jaga disiplin dan nama baik kita, ibu bapa kita dan rakan-rakan kita.

Apatah lagi kalau kita mewakili negeri,” ujarnya semasa sesi motivasi dengan skuad bola sepak Kolej Vokasional (KV) Miri sempena ‘Reunion Match’ dan lawatannya ke kolej tersebut di Miri, barubaru ini.

Pada lawatan itu, Joseph Kalang turut menyertai perlawanan persahabatan di antara pasukan KV Miri dan Apai Keling Allstar di padang bola sepak KV Miri.

Pasukan Apai Keling Allstar merupakan pasukan bekas rakan sepasukan Joseph Kalang ketika beliau menuntut di KV Miri dari tahun 2004 hingga 2005.

Hadir sama pada sesi motivasi itu ialah Pengarah KV Miri Sherene Choo dan Ketua Jurulatih pasukan bola sepak KV Miri Ismail Lumut @ Coach Apai.

Pasukan bola sepak KV Miri akan mewakili negeri ke Kejohanan Bola Sepak Antara Kolej-Kolej Vokasional dan Teknik (VOKTEK) Peringkat Kebangsaan di Melaka dan Negeri Sembilan pada 2 hingga 7 Jun depan.

Objektif program itu ialah memberi kata-kata semangat daripada seorang bintang bola sepak Sarawak (Joseph Kalang) kepada pasukan KV Miri yang akan mengibarkan cabaran negeri di peringkat kebangsaan pada kejohanan itu kelak.

Selain bola sepak, KV Miri turut mewakili negeri dalam kejohanan bola tampar dan bola lisut di peringkat kebangsaan VOKTEK.

Sementara itu, Joseph Kalang mengingatkan semua pemain agar sentiasa menghormati guru serta menganggap mereka sebagai ibu bapa, begitu juga ketika menjalani latihan mereka perlu sentiasa menghormati para jurulatih yang melatih dan membimbing mereka.

“Tanpa mereka, kita tak akan berjaya.  Jangan sesekali kita menganggap diri sendiri sebagai bintang dalam manamana permainan berpasukan kerana tanpa rakan-rakan dalam pasukan kita tidak mampu bermain seorang diri.

“Sikap ego dan meninggi diri harus dikikis meskipun kita dilabelkan sebagai bintang.

Pendek kata, kita harus bersyukur dengan bakat yang kita ada,” tambahnya.

Pada perlawanan persahabatan itu, pasukan KV Miri menewaskan Apai Keling Allstar dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Amar Muaz.

Pada perlawanan tersebut, Joseph Kalang bermain dengan Apai Keling Allstar pada separuh masa pertama dan separuh masa kedua bersama KV Miri.

Penampilan Joseph Kalang pada perlawanan tersebut disifatkan sebagai mengimbau kenangan serta nostalgia beliau ketika bersama pasukan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Miri pada waktu itu semasa masih belajar di situ.

Antara penampilan Joseph Kalang di bawah bimbingan Ismail Lumut @ Coach Apai sewaktu bersekolah di SMT Miri dahulu sebelum menyertai skuad Piala Presiden dan Ngap Sayot ialah Kejohanan Piala Coke Bawah 16 tahun pada tahun 2003 dan 2004, Piala Emas Yayasan Sarawak (2001-2004), Piala MSS Sarawak (2001-2005), MSS Malaysia (2005) di mana beliau telah terpilih sebagai Pemain Terbaik Kebangsaan di Kelantan dan terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Bola Sepak Asia Bawah 18 Tahun di Indonesia.

Ketika mewakili negara pada kejohanan bola sepak Asia itu, Joseph Kalang menjaringkan satu gol ketika bertemu dengan Iran.

Sejak mewakili SMT Miri pada tahun 2004-2005, Joseph Kalang banyak membantu pasukannya memenangi kejohanan di peringkat Bahagian Miri, menjuarai Piala Emas Yayasan Sarawak dua tahun berturut-turut sejak mewakili MSS Miri, menjuarai Kejohanan Juara-Juara Sekolah Peringkat Negeri Sarawak 100Plus, menjuarai MSS Sarawak dan menjuara VOKTEK Peringkat Negeri Sarawak 2004.

Selain itu, beliau pernah membawa pasukan SMT Miri muncul naib juara VOKTEK Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang dan naib juara MSS Malaysia pada tahun 2005.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859