Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Ambal berupaya jadi produk ikon untuk Asajaya

$
0
0

Bangunkan sektor berasaskan ambal untuk tarik pelancong, jana pendapatan penduduk tempatan

ASAJAYA: Makanan laut terkenal ambal berupaya menjadi produk ikon untuk menarik orang luar berkunjung ke Daerah Asajaya.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang berkata, untuk itu beliau meminta Jabatan Perikanan dan penduduk setempat mencari kaedah bagi memajukan sektor berasaskan ambal di situ tanpa menjejaskan habitatnya.

“Saya telah mengadakan perjumpaan dengan pihak Jabatan Perikanan negeri untuk melihat perkara ini dan mereka mengakui bahawa Asajaya mempunyai tarikan berasaskan ambal ini.

“Jadi inilah aset yang perlu dimanfaatkan oleh penduduk di sini bagi meningkatkan sumber ekonomi terutamanya di kalangan lebih 1,000 nelayan tempatan, selain bergantung kepada tangkapan ikan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Ambal 2013 di pekarangan tempat letak kereta Pekan Bandar Baru Asajaya di sini, semalam.

Rubiah memberitahu, pihak yang terlibat perlu membangunkan sektor berasaskan ambal supaya ia menjadi produk ekonomi yang dapat menjana pendapatan penduduk tempatan.

“Malah, Pesta Ambal juga telah dimasukkan ke dalam kalender aktiviti melawat Sarawak 2014 yang pastinya akan memberi sumber rezeki pada penduduk tempatan nanti,” tambahnya.

Menurutnya lagi, ia juga dijangka akan menjadi sumber ekonomi yang tetap sekiranya diusahakan dan dimajukan dengan cara yang berkesan.

“Ini akan menjadikan Asajaya sebagai ‘landmark’ kepada aktiviti ambal dan pastinya mampu menarik orang luar termasuk pelancong untuk datang ke daerah kita,” ujarnya.

Menyentuh mengenai program yang dijalankan, Rubiah berkata ia sebagai platform mempromosikan ambal di kalangan masyarakat melalui persembahan kebudayaan.

Pesta Ambal 2013 berlangsung selama empat hari bermula 19 Disember lalu yang turut menyediakan ruang pameran produk berasaskan ambal, gerai jualan, demontrasi masakan ambal, festival bertandak, ‘berlandoh lanang’ dan banyak lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>