Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Jururawat diragut ketika singgah beli makanan

$
0
0

KUCHING: Singgah membeli makanan di sebuah kedai makan di Kota Padawan mengundang padah buat seorang jururawat setelah dia diragut ketika baharu keluar dari keretanya, malam kelmarin.

Mangsa berusia 23 tahun itu sebe­lum kejadian dikatakan dalam per­jalanan pulang dari tempat kerjanya dan berhenti di kedai makan tersebut kerana mahu membeli makanan un­tuk keluarganya sekitar jam 10.30 malam.

Bagaimanapun, ketika baharu keluar dari keretanya, dia didatangi seorang lelaki yang kemudian terus meragut beg tangannya.

“Dia (mangsa) cuba menarik beg tangannya semula, namun dia terjatuh dan peluang tersebut digunakan oleh peragut berkenaan terus melarikan diri dari tempat kejadian,” kata sumber.

Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian mendapatkan ban­tuan di balai polis berhampiran untuk menghubungi keluarganya sebelum dia dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

Antara yang terkandung di dalam beg tangan mangsa ialah telefon bim­bit, wang tunai dan beberapa dokumen peribadi.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>