KUCHING: Naim Holdings meraikan lebih 60 wakil media tempatan pada majlis makan malam penghargaan bagi merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak.
Menurut Ketua Pemasaran Korporat Naim Caroline Yeo, majlis itu merupakan acara tahunan bagi menghargai jasa pengamal media di negeri ini.
“Media adalah satu komponen penting untuk kita melakarkan kejayaan kerana ia membantu kami menyampaikan dan berkomunikasi dengan rakyat.
“Kami amat menghargai bantuan dan sokongan yang telah diberikan dan kita berharap kerjasama berterusan ini dapat dikekalkan,” katanya dalam ucapan ringkas pada majlis itu malam kelmarin.
Pada masa sama, beliau berharap kejayaan yang lebih baik bakal dilakarkan pada tahun hadapan menerusi kerjasama erat bersama pihak media.
Dalam majlis itu, kesemua media yang hadir dijamu dengan pelbagai hidangan makanan, permainan dan sesi karaoke.
Malah, cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana majlis makan malam penghargaan itu.
Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Naim Yong Kei Seng, Pengarah Kanan Ricky Kho, Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Sulok Tawie dan tetamu lain.