Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Tiga lelaki warga asing lapor polis ditipu pemandu teksi

$
0
0

SIBU: Tiga lelaki warga Indonesia membuat laporan polis selepas mendapati mereka ditipu pemandu teksi pada kejadian yang berlaku petang Jumaat lalu.

Mangsa yang bekerja sebagai kru kapal ketika kejadian dalam keadaan mabuk menaiki teksi di Jalan Maju, di sini untuk pulang ke kuarters mereka di Jalan Lanang.

Bagaimanapun, pemandu teksi itu mematikan enjin teksi selepas mereka berada di dalam teksi seketika dan memberitahu mereka telah tiba di tempat yang dituju dan meminta bayaran.

Dua daripada mereka mengucapkan terima kasih kepada pemandu teksi, manakala seorang lagi bertindak menampar pemandu teksi itu dan mengingatkannya agar memandu perlahan-lahan.

Tanpa syak sesuatu yang tidak kena, mereka kemudian membuat pembayaran tambang teksi terbabit.

Apabila mereka turun dari teksi, mereka mendapati masih berada di lokasi yang sama ketika mereka masuk dalam teksi.

Berasa tertipu, ketiga-tiga warganegara Indonesia itu membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Pemandu teksi itu juga membuat laporan polis mendakwa dirinya dipukul tiga warganegara Indonesia terbabit.

Polis menerima laporan dan masih menyiasat kes itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>