Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

SMK Kidurong kutip RM86,462.60 daripada larian amal

$
0
0

MULA: Rasid (kiri) melepaskan peserta Larian Amal SMK Kidurong kelmarin.

BINTULU: Sejumlah RM86,462.60 berjaya dikutip Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong dalam tiga program larian amal sejak 2006 termasuk yang ketiga untuk projek pembinaan dewan serba guna sekolah tersebut kelmarin.

Kos keseluruhan projek itu adalah RM2 juta  sekali gus memerlukan lebih banyak sumbangan daripada pelbagai pihak di bahagian ini.

Pengerusi Kelab Sokongan Ibu Bapa PIBG SMK Kidurong Rasid Seli berkata untuk mendapatkan dana sebanyak itu memerlukan sokongan ibu bapa dan warga sekolah.

Meskipun sebuah sekolah kerajaan, kemungkinan kerajaan tiada peruntukan menyediakan kemudahan di bahagian tertentu sekolah ini justeru memerlukan kami berusaha sendiri.

“PIBG akan berusaha mendapatkan dana itu secepat mungkin,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Larian Amal anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab Sokongan Ibu Bapa PIBG SMK Kidurong semalam.

Rasid berkata, ketiadaan dewan itu menyulitkan pelajar dan guru merancang atau melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan akademik.

“Namun, keperitan yang dirasai itu diharap akan merangsang kami untuk berusaha dan akan terus mengadakan gerak gempur mendapatkan dana pembinaan dewan itu,” jelasnya.

Beliau menyarankan agar larian itu diadakan setahun sekali berbanding tiga tahun untuk mengutip dana kerana dengan cara itu kemungkinan tiga perempat dewan itu dapat disiapkan dengan cepat.

Katanya, larian amal sama pernah diadakan pada 2006 dan 2010 iaitu lima tahun sekali dan program tahun ini adalah yang ketiga diadakan.

Sementara itu, Penolong Kanan I Sewing Gak berkata, komitmen dan sokongan padu ibu bapa terhadap anak-anak mereka melalui aktiviti di sekolah membantu menjayakan aktiviti amal seumpamanya bagi merealisasikan hasrat untuk membina dewan serba guna tersebut.

Katanya, selain larian amal, SMK Kidurong juga mengadakan pelbagai program lain untuk meningkatkan modal insan, antaranya Kempen Antidadah dan Penyalahgunaan Dadah.

Seramai 194 peserta terdiri daripada pelajar, ibu bapa, guru dan orang awam menyertai larian tersebut yang dibahagikan kepada lapan kategori iaitu pendidikan khas, wanita dan lelaki bawah 13 tahun, bawah 15 tahun, 16 hingga 19 tahun, terbuka wanita dan lelaki serta veteran wanita dan lelaki.

Cabutan bertuah kutipan larian, hadiah kutipan terbanyak kelas dan kutipan tertinggi turut diberikan kepada pelajar dan guru.

Program itu dianjurkan sempena Kempen Kesedaran Payudara ‘Fasten Your Pin Ribbon’ Kelab Interact dan Kempen Antidadah sekolah itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>