Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Kerajaan akan bangun pusat pemprosesan, peruncitan untuk penggiat industri kotej

$
0
0

KUCHING: Kerajaan negeri akan membangunkan pusat pemprosesan dan peruncitan khusus untuk penggiat industri kotej di negeri ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Dengan adanya pusat itu kelak, penggiat industri kotej menurut Fadillah tidak lagi berdepan dengan risiko keselamatan daripada perusahaan yang dijalankan di rumah.

“Saya difahamkan bahawa cabaran di Sarawak adalah dalam menjalankan industri kotej atau perusahaan di rumah.

“Apa yang menjadi kebimbangan ialah konteks keselamatan di mana perusahaan yang dijalankan di rumah tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan serta boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri termasuk persekitaran.

“Atas sebab itu saya telah difahamkan bahawa kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan bagi industri kotej dengan mewujudkan pusat pemprosesan dan peruncitan bagi mereka yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Medan Niaga Satok di pekarangan medan niaga berkenaan di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) atas komitmennya dalam meningkatkan kemudahan dan menyediakan perkhidmatan terbaik di Medan Niaga Satok.

Mengakui masih terdapat kelemahan, hasil perbincangan maka pada perasmian Medan Niaga Satok tahun lepas, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM135 juta bagi meningkatkan kemudahan di medan niaga ini.

Status fizikal pelaksanaan projek-projek menggunakan peruntukan tambahan berkenaan kini dalam pelbagai peringkat dengan empat daripadanya telah siap melibatkan sumber bekalan elektrik, pelindung hujan bagi blok B, C dan E, penambahbaikan blok E (benteng) dan kerusi panjang serta peralatan.

Empat lagi kerja-kerja pelaksanaan melibatkan surau, bilik mandi, tandas, menyediakan bumbung pasar minggu dan tambahan gerai dan tempat letak kereta bertingkat telah mendapat kelulusan Majlis Perancangan Negeri (SPA) dan dalam proses penentuan reka bentuk.

Sempena Ulang Tahun Pertama Medan Niaga Satok, Fadillah turut menggesa peniaga dan usahawan untuk bekerjasama dengan pihak FAMA serta agensi-agensi yang berkaitan.

Beliau juga melahirkan keyakinan terhadap pentadbiran FAMA yang komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti peniaga di negeri ini, khasnya di Medan Niaga Satok.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>