Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Program Penempatan Pekerjaan AZAM Kerja mendapat sambutan positif

$
0
0

SIBU: Program Penempatan Pekerjaan AZAM Kerja anjuran Pejabat Tenaga Kerja Sarawak semalam mendapat sambutan positif di kalangan belia yang masih mencari peluang pekerjaan.

Dengan menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan, sebanyak 17 syarikat turut serta dalam program yang berlangsung di Dewan Kelab Melayu (MUC), bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Menurut Penolong Kanan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak Jeffery Douglas, program itu dianjurkan dua kali setahun dan dilaksanakan di kawasan luar bandar sekitar September atau Oktober depan.

“Lebih 500 peluang pekerjaan menanti lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi serta mereka yang mencari pekerjaan,” katanya ketika  ditemui di sini.

Menurutnya, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) turut menyediakan kaunter menerangkan peranan dan fungsi masing-masing.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles