Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Lelaki China terima lapan jahitan dibelasah rakan

$
0
0

SIBU: Seorang lelaki warga China menerima lapan jahitan di dahi kirinya selepas dibelasah oleh seorang lelaki senegaranya di sebuah kedai kopi di Jalan Foochow di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, mangsa, 27, seorang pekerja buruh kasar dikatakan sedang menikmati sesi minum apabila seorang rakan senegaranya tiba-tiba menumbuk pipinya.

“Saya terus rebah dan pengsan namun apabila sedar, dahi kiri saya berdarah manakala bahagian belakang kepala saya terasa sakit,” katanya.

Pengadu percaya dia bukan sahaja ditumbuk malah dipukul dengan sesuatu semasa dia pengsan.

Pengadu percaya, lelaki membela­sahnya adalah rakan senegaranya dan mengenali namanya Ah Hu tinggal di Jalan Tiong Hua.

Katanya, dia sudah berada di sini sejak lima tahun dan pandai bercakap sedikit Bahasa Melayu.

Pengadu menambah, dia dihantar orang awam ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa diiringi oleh seorang kena­lan tempatan untuk membuat laporan polis di Balai Polis Sentral tengah hari semalam.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>