KUCHING: Hotel Riverside Majestic dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bike Connection Team akan meng-anjurkan Aktiviti Berbasikal Untuk Kesihatan 2014 pada Ahad, 27 April ini mulai jam 7 pagi di Esplanad Kuching, Jalan Gambier.
Ia merupakan acara tahunan dan menjadi salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh pihak hotel.
Aktiviti berbasikal itu terbuka kepada orang ramai serta kakitangan hotel sebagai langkah bersama meningkatkan pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan melalui senaman seperti berbasikal.
Pada masa sama, ia juga menyediakan ja-ringan perhubungan di kalangan masyarakat yang turut serta dalam aktiviti itu.
Setiap peserta kayuhan juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah tajaan Kedai Basikal Thong Sen dan Specialized Cafe.
Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti kayuhan itu boleh menghubungi Hotel Riverside Majestic menerusi talian 082-247777, sambungan 4060 (Kenny Tham) atau Bahagian Perhubu-ngan dan Pembangunan Komuniti (CRD) DBKU Noraini Karim Abdillah, 082-446688 sambungan 130/131/132.