Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

MPS komited menitikberatkan isu-isu alam sekitar, kata Tiong

$
0
0

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) sebagai barisan pertama pihak berkuasa tempatan (PBT) komited dalam menitikberatkan isu-isu alam sekitar dalam usaha mewujudkan persekitaran lestari.

Pengerusinya Datuk Tiong Thai King berkata MPS menjadi PBT pertama di negeri ini memulakan penganjuran Hari Cintai Bumi pada 2008.

“Hari Cintai Bumi Sibu tahun ini memasuki edisi ketujuh penganjuran dan sentiasa mendapat maklum balas positif  daripada penduduk Sibu yang mencintai alam sekitar,” kataya pada Hari Cintai Bumi Sibu 2014 di Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) semalam.

Tiong berkata, MPS menjalin kerjasama dengan komuniti setempat dalam penganjuran aktiviti alam sekitar.

“Kami menjalankan aktiviti kitar semula, membuat kompos, enzim sampah dan Kempen Katakan Tidak Kepada Beg Plastik.

“Kami memulakan inisiatif pengasingan sampah dapur dan Kempen Katakan Tidak Kepada Styrofoam.

“Inisiatif ini membuahkan hasil dalam usaha pengurangan sampah pepejal, malah jumlah sampah yang dibuang di tapak pelupusan sampah di Kemuyang menurun pada 2013 berbanding tahun sebelumnya,” ujarnya.

Tiong turut mengucapkan syabas atas penglibatan lebih ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha mempromosikan inisiatif mesra alam sekitar seperti membuat kompos dan enzim sampah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>