Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Sambutan Hari Cintai Bumi Sibu berjaya mencipta rekod dunia

$
0
0

SIBU: Sambutan Hari Cintai Bumi Sibu 2014 semalam berjaya mencipta rekod dunia Guinness baharu membabitkan rekod ‘Largest Gathering of People Dressed as Tree’.

Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh mengumumkan rekod baharu tercipta dengan penyertaan seramai 678 peserta pada program itu.

“Pada sambutan Hari Cintai Bumi Sibu tahun ini, kita berjaya mencipta rekod dunia baharu dengan memecahkan rekod dunia dicipta di Goluchow, Poland pada 30 September 2013 dengan penyertaan seramai 516 peserta,” katanya.

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa tanggungjawab memelihara, memulihara, menjaga dan melestarikan alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak tanpa mengira peringkat umur.

“Semua pihak termasuk agensi dan jabatan kerajaan, swasta dan komuniti perlu memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam usaha melestarikan alam sekitar,” ujarnya.

Katanya penglibatan aktif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan turut berperanan penting dalam menjaga alam sekitar demi masa depan generasi muda.

“Jangan bersikap mementingkan diri, justeru kita perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan melestarikan alam sekitar.

“Diharapkan penganjuran aktiviti ini dapat mewujudkan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dalam kehidupan kita.

“Syabas diucapkan kepada MPS dan JCI Sibu atas inisiatif melaksanakan aktiviti tahunan ini,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan.

Sambutan Hari Cintai Bumi Sibu 2014 berlangsung di Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) anjuran bersama Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dan Junior Chamber International (JCI) Sibu.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk senamrobik, pertandingan mereka kad mesra alam, pameran kraf tangan kanak-kanak tadika, pameran jabatan kerajaan dan NGO serta ceramah cara-cara membuat enzim dan sebagainya.

Hadir sama Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King, Timbalan Pengerusi MPS Datuk Andrew Wong Kee Yew, Setiausaha MPS Hii Chang Kee, ADUN Nangka Dr Annuar Rapa’ee, Residen Bahagian Sibu Sim Kok Kee, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perkhidmatan Perbandaran MPS merangkap pengerusi pengelola Rhoda Ting dan Presiden JCI Sibu Alex Moh.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>