BINTULU: Askar Wataniah akan mengadakan pengambilan anggota baharu sempena penganjuran Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia pada 18 hingga 20 April ini di Sungai Plan Lot dan Belaga.
Program itu akan turut diadakan semasa sambutan Pesta Kaul di Mukah pada 25 hingga 30 April ini.
Ia terbuka untuk disertai oleh lelaki dan wanita warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 44 tahun.
Mereka yang berminat boleh membawa salinan kad pengenalan, gambar bersaiz pasport dan sijil-sijil kelayakan berkaitan semasa temu duga.