KUCHING: Satu juta beg plastik digunakan setiap hari oleh penduduk di bandar raya ini sahaja dan menyumbang 70 hingga 80 peratus daripada timbunan sampah yang dihasilkan oleh manusia.
Bimbang akan keadaan ini, Persatuan Go Go Green telah menyenaraikan Sarawak sebagai negeri bebas plastik menjelang 2020.
Bagi mencapai matlamat itu, usaha telah dipergiatkan bermula di Kuching dan dalam tempoh dua tahun ini bandar raya Kuching akan bebas daripada plastik.
“Satu juta beg plastik setiap hari di Kuching sahaja… satu fakta yang menakutkan yang mana akhirnya plastik-plastik ini berakhir di sungai-sungai dan tempat-tempat yang tidak sepatut-nya.
“Bayangkan 70 hingga 80 peratus daripada timbunan sampah merupakan plastik dan ia boleh menjadi gunung jika penggunaannya tidak dikawal,” kata Pengasas dan Penasihat Persatuan Go Go Green Ian M. Carter dalam ceramahnya semalam.
Ceramah ringkas tersebut dianjurkan oleh Perbada-nan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) di Dewan Kenyalang, Tingkat 7, Menara SEDC di sini.
Sementara itu Pengurus Besar SEDC Soedirman Aini dalam ucapannya berkata SEDC sedia menghulurkan sokongan kepada Persatuan Go Go Green bagi menjayakan kempen ini.
Ceramah ini katanya merupakan aktiviti siri pertama bagi projek ‘Let’s Go Green Together’ SEDC yang telah dilancarkan pagi semalam.
Malah katanya, semua premis perniagaan, hotel dan Tebingan Kuching akan menyediakan tong kitar semula bagi kempen ini.
“Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menjaga persekitaran dan kami boleh melakukan bahagian kami dengan me-ngurangkan impak negatif terhadap alam sekitar,” kata-nya.
Dalam pada itu, Persatuan Go Go Green merupakan organisasi bukan kerajaan yang bertujuan memupuk kesedaran di kalangan pelanggan mengenai kesan negatif plastik terhadap persekitaran.
Persatuan ini juga diwujud-kan untuk mengurangkan jumlah penggunaan plastik oleh masyarakat dan untuk melihat Sarawak bebas plastik.
Dalam pada itu sekitar 100 orang kakitangan SEDC dan jemputan lain menghadiri ceramah itu semalam bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.