Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Pelajar pedalaman pengaruhi prestasi pelajar S’wak

$
0
0

KUCHING: Pencapaian pelajar di sekolah luar bandar dan pedalaman yang masih begitu lemah meletakkan prestasi pelajar di Sarawak rendah berbanding di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Datu Abdillah Adam sambil menjelaskan ia berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) yang dicapai dalam peperiksaan UPSR dan SPM tahun lepas.

Katanya, GPN UPSR 2013 adalah 2.52 berbanding di peringkat kebangsaan yang mencapai 2.27 manakala GPN SPM 2013 adalah 5.31 berbanding 4.93 yang dicapai di peringkat kebangsaan.

“Perjuangan kita untuk memastikan kejayaan pelajar di Bumi Kenyalang masih lagi jauh.

“Kalau bandingkan prestasi pelajar sekolah bandar di Sarawak, pencapaiannya adalah hampir sama dengan negeri-negeri lain tetapi melihat kepada prestasi pelajar di sekolah luar bandar dan pedalaman, itulah masalah kami.

“Sebab itulah, GPN bagi Sarawak secara keseluruhannya masih rendah kerana ada sekolah-sekolah yang GPN masih lagi dalam 6.0 ke atas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Lambaian Kenyalang sempena Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Ke-53 di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, Abdillah berharap keadaan tersebut akan menjadi ‘panggilan’ kepada guru-guru untuk terus memperjuang serta meningkatkan prestasi pelajar di Sarawak supaya dapat setanding dengan negeri-negeri lain.

“Sarawak adalah begitu luas iaitu hampir 125,000 kilometer persegi dengan pada masa sekarang mempunyai sebanyak 1,265 sekolah rendah dan 186 sekolah menengah.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Muhamad Khailani Abdul Jalil.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>