KUCHING: Biarkan keajaiban Paska terungkap di depan mata anda di ‘Springtopia Paska Bazaar’ di pusat beli-belah tHe Spring bermula 14 hingga 20 April ini.
Pengalaman berjalan di atas laluan jejak pelangi dengan penuh bertenaga selain menikmati percikan kawanan burung yang berwarna-warni melambung tinggi di atas, Springtopia merupakan cerita pari-pari yang mempunyai adegan unik dan pelik.
Parti Teh Springtopia Paska terbuka kepada kanak-kanak berusia lima hingga 10 tahun, ia menjadi satu acara menarik yang tidak boleh dilepaskan yang diadakan pada 19 hingga 20 April ini!
Pelbagai acara akan diadakan seperti pertandingan mini pencarian telur paska, pertandingan pakaian terbaik dan pertandingan kerusi muzik.
Pengunjung juga berpeluang menyertai sesi kraf khas yang membolehkan peserta membawa pulang buatan tangan mereka sendiri selain berpeluang dihidangkan dengan pai lazat, kek cawan dan pelbagai manisan lain.
Acara ini ditaja oleh Poppies, Left & Right, John’s Pie, My Sugar Bakes, Zoso Music, Secret Recipe, MPH Bookstores and Sushi King.
Demostrasi masakan secara langsung oleh Duta Jenama Rasmi Zebra Cef Anuar diadakan pada jam 11 hingga 12 tengah hari pada 20 April.
Buku masakan pelengkap akan diberikan kepada pengunjung sementara stok masih ada.
Nikmati hadiah dengan setiap pembelian produk Zebra di dalam Parkson.
Pengurusan dan kakitangan tHe Spring mengucapkan selamat menyambut Hari Paska dan sebarkan kasih sayang, kegembiraan dan kedamaian!
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web tHe Spring di alamat www.thespring.com.my atau hubungi Talian Bantuan Khidmat Pelanggan di talian 082-238222.